Pada 13 Februari 2020 bertempat di Colony Coworking Space & Event Spaces, Star Boulevard KLCC, telah berlangsung sebuah acara Malaysia Website Awards 2019. AMRU juga tidak ketinggalan untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Exabytes Group of Companies, sebuah pembekal web hosting utama di Asia Tenggara.


Alhamdulillah laman web AMRU telah mendapat anugerah website terbaik untuk bulan Julai 2019 bagi kategori ecommerce. Anugerah tersebut diterima oleh wakil syarikat iaitu Tuan Adly Mukhtar selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AMRU International Sdn. Bhd.


Anugerah Laman Web Malaysia diadakan bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran prestasi, bakat dan usaha yang cemerlang kepada pemaju web terbaik, pereka web dan agensi web serta pada masa yang sama menggalakkan kreativiti, perkongsian dan peningkatan kualiti reka bentuk web keseluruhan di negara ini.
Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih juga kepada semua penaja.