Siti Khadijah (SK) adalah satu jenama yang tidak asing lagi sebagai peneraju telekung inovasi pertama di Malaysia. Alhamdulillah, pihak AMRU telah berpeluang untuk bekerjasama dengan SK bagi menghasilkan koleksi sejadah yang selesa untuk kegunaan harian rakyat Malaysia.

Pemilihan kerjasama ini dilakukan kerana kami berkongsi nilai-nilai yang sama di dalam memperkenalkan produk kepada pengguna, khususnya dari segi mengutamakan kualiti produk yang dihasilkan. Pada masa yang sama, sejadah dan telekung adalah kombinasi yang sangat sesuai untuk diperkenalkan kepada orang ramai.

Sejak setahun yang lepas, kerja-kerja kajian dan pembangunan produk telah dijalankan. Akhirnya, kami telah bersetuju untuk memperkenalkan koleksi sejadah putih bersaiz mini kepada umum. Sejadah ini berkonsepkan minimalis dengan jahitan geometri Islamik pada keseluruhan sejadah.

Sulaman serta riben warna maroon pada bahagian tepi pula membuatkan sejadah ini kelihatan sungguh cantik. Paling penting, sejadah ini dihasilkan dari kapas asli yang memberikan keselesaan berganda kepada pengguna, Insyallah. Minyak wangi sejadah bernilai RM12.90 juga diberikan secara percuma kepada semua pembeli.

Tidak syak lagi, ini adalah siri produk yang sangat baik untuk diperkenalkan kepada semua. Anda boleh membuat pembelian sejadah SK x AMRU melalui laman web rasmi Siti Khadijah (SK) dengan harga RM59 sahaja.


Kongsikan Artikel Ini

Eksklusif

Sejadah Premium Untuk Orang Tersayang

Sejadah isian kapas asli yang hadir dengan dua warna premium sungguh memikat. Sulaman pada bahagian tepi sejadah pula memberikan sentuhan eksklusif.

Berkaitan


Berita

Pelajari Al-Quran Menerusi Siri Tartil Quran

Setelah menerbitkan rancangan Mohon Pencerahan Ustaz, AMRU kini juga menerbitkan siri rancangan Tartil Quran bagi mengupas ilmu-ilmu berkaitan al-Quran. Ia juga telah diterbitkan secara bersiri..

Berita

Menangi Tiket Umrah Percuma

Sempena musim perayaan ini, pihak AMRU akan mengadakan cabutan bertuah bagi menghargai para pelanggan yang sentiasa memberi sokongan. Setiap tempahan bernilai RM190 akan dapat satu tiket untuk..

Berita

Berjaya Memiliki Nama Domain Amru.com

Alhamdulillah, setelah melalui beberapa proses negosiasi, pada tahun lepas kami telah berjaya membeli nama domain amru.com dengan nilai yang tidak dapat didedahkan. Domain empat huruf ini telah..

Berita

Secara Rasmi, AMRU Kini Di Shopee!

Sejada AMRU kini boleh didapati secara atas talian melalui platform e-dagang terkemuka Shopee, yang mempunyai lebih daripada 16 juta pengguna di Malaysia...

Eksklusif

Sejadah Tebal, Lembut & Selesa

Mampu menyerap tekanan ketika solat dengan sangat baik. Khususnya pada bahagian sendi seperti tumit kaki, lutut serta pada dahi.

Langgan Newsletter Percuma

Jadi orang yang pertama untuk mengetahui sebarang tawaran atau promosi dari kami. Daftar segera!